Saturday 22 July 2023

RAIHAN SATU FENOMENA

 RAIHAN SATU FENOMENA

By Adib Mu'az



Pernah anda terfikir, apakah album tempatan yang merekodkan jualan paling timggi?


Jangan terkejut kerana album tempatan yang paling laris dijual bukanlah Siti Nurhaliza, yang digelar penyanyi nombor 1 negara. Ataupun dari mana-mana kumpulan “rock jiwang” yang popular di era 80-an atau 90-an.


Sebaliknya album tempatan yang paling laris terjual adalah album keluaran kumpulan nasyid Raihan, Puji-Pujian pada tahun 1998. Namun apakah faktor yang menyebabkan album tersebut diangkat sebagai album terlaris dari pemuzik tempatan sehingga kini?



Pada mulanya, album ini langsung tidak laku dek kerana arus muzik perdana pada masa itu dipenuhi dengan genre “rock leleh” dan juga muzik-muzik barat. Hal ini menyebabkan syarikat Warner Music Malaysia berfikir keras bagaimana Raihan ingin memikat halwa telinga pendengar pada ketika itu.


Akhirnya, mereka menyedari kehadiran bulan Ramadan yang berkunjung tiba. Mereka akhirnya menyerahkan album ini kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini memainkannya selepas program-program keagamaan di bulan Ramadan.


Langkah ini ternyata tepat apabila Raihan mendapat tempat di hati masyarakat. Lagu-lagu seperti Puji-pujian, Iman Mutiara, dan Sesungguhnya menjadi siulan masyarakat.


Malahan ia bukan sahaja menarik pendengar agama islam, malahan ia juga mendapat pendengar yang mempunyai latar belakang agama dan bangsa yang berbeza.


3 comments:

NEW POST ! FRESH FROM OUR BRAIN !

TENTANG KAMI

THIS IS OUR STORIES By Us. Hi dari kiri, Nisa, Adib, Shahira, Wani dan yang bawah tu NIna. BAtch kami ada 6 orang, lagi sorang Hazwin. KIteo...