Saturday 22 July 2023

STADIUM SULTAN IBRAHIM

 

STADIUM SULTAN IBRAHIM

By Adib Mu'az

Pada tahun lalu, saya mendapat peluang untuk berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah. Stadium ini telah menjadi tuan rumah untuk skuad harimau selatan, iaitu pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT) sejak dirasmikan pada awal 2020.


Dari segi luaran, saya boleh katakan stadium ini merupaka stadium tercantik yang terdapat di Malaysia malahan lebih cantik daripada Stadium Nasional Bukit Jalil.


Stadium ini mampu memuatkan seramai 40,000 penonton dalam satu-satu masa.


Walau bagaimanapun, sewaktu saya melawat stadium tersebut, saya tidak dibenarkan untuk memasuki stadium tersebut. Hal ini ekoran oleh keadaan pandemik covid-19 yang masih belum mereda dan banyak fasiliti yang masih belum tersedia.


Kini, para penyokong sudah dibenarkan untuk memasuki dan melawat stadium tersebut dan tidak terhad pada hari perlawanan sahaja. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah penyediaan kenderaaan yang akan membawa anda meronda sekitar kawasan dan fasiliti sekitar. Selain itu, terdapat juga kedai yang menjual barangan rasmi kelab yang boleh dibeli oleh peminat dan pelancong yang hadir.


Sekiranya anda merupakan penyokong bola sepak yang tegar, anda semestinya tidak mahu terlepas peluang untuk melawat stadium yang serba indah ini.Stadium Sultan Ibrahim


2 comments:

  1. Luaskan kuasa mu johor!

    ReplyDelete
  2. Boooooo👎🏻👎🏻👎🏻 selangor sampai mati!!!

    ReplyDelete

NEW POST ! FRESH FROM OUR BRAIN !

TENTANG KAMI

THIS IS OUR STORIES By Us. Hi dari kiri, Nisa, Adib, Shahira, Wani dan yang bawah tu NIna. BAtch kami ada 6 orang, lagi sorang Hazwin. KIteo...