Tuesday 20 June 2023

PERAYAAN DI SARAWAK

Pesta kaul

By Nurul Alwani


   Mesti uolls tertanya-tanya kan apa tu pesta kaul? So pesta kaul ni ialah pesta yang diraikan oleh suku kaum Melanau di Sarawak. Yes, aku bukan melayu and takde langsung darah melayu. Aku berasal dari Sarawak, aku berdarah Melanau dan Iban. Tapi harini aku nak focus dekat kaum Melanau lah. So apa tu pesta kaul? Pesta ni dilakukan untuk menyembah semangat laut,tanah dan hutan. Tapi pada pemahaman aku, di tempat aku iaitu Mukah, kaul dilakukan untuk berterima kasih dengan semangat laut sebab telah menjaga Mukah daripada malapetaka. Untuk non-muslim itulah kepercayaan mereka, tapi untuk Melanau muslim mcm aku, aku tak percaya la dengan semangat semangat ni, tapi aku raikan pest ni sebagai something to have fun and untuk menyemai dan mengekalkan adat Melanau dalam komuniti kami di Sarawak. Selain dari itu, pesta ini juga memperagakan rumah-rumah tradisional Melanau mengikut daerah seperti daerah oya, dalat, mukah, tellian dan banyak lagi. Mereka juga memperagakan pelamin tradisional kaum Melanau. The highlight untuk pesta ini ialah pertandingan teluwaih jinih. Apa itu teluwaih jinih? Teluwaih jinih ji kalau ditranslatekan ialah anak dara yang cantik, untuk masuk pertandingan ni , syarat pertama ialah kau kena ada darah Melanau, and kau kena hadir interview untuk ditapis adakah kau layak atau tidak. So apabila berlangsung nya pertandingan ni, mula-mula kau akan memperagakan baju yang cantik macam model then masuk sesi kedua kau akan tukar baju ke baju tradisional Melanau and there will be quiz about adat Melanau. Quiz tu is a random question, from adat kahwin, adat kematian, maksud simbolik specific dalam erti pengertian Melanau. So kau kena kenal dan betul-betul paham adat kaum kau sendiri lah. Selain daripada itu, pest ani mcm pesta biasa, terdapat banyak makanan yang dijual. Seronok dan pesta ni sangat bagus untuk mengekalkan adat Melanau agar tidak ditelan zaman.



2 comments:

NEW POST ! FRESH FROM OUR BRAIN !

TENTANG KAMI

THIS IS OUR STORIES By Us. Hi dari kiri, Nisa, Adib, Shahira, Wani dan yang bawah tu NIna. BAtch kami ada 6 orang, lagi sorang Hazwin. KIteo...