Sunday 23 July 2023

3 PERMAINAN TRADISIONAL TERKENAL DI MALAYSIA

 

3 PERMAINAN TRADISIONAL TERKENAL DI MALAYSIA

 By Ainina Najwa

Memandangkan kita di era teknologi dan moden, generasi muda zaman sekarang tidak mengenali permainan tradisional kita. Mereka juga tidak mengetahui cara bermain permainan tersebut. Jadi, kepada orang-orang muda di luar sana yang membaca blog ini, korang boleh mengenali tentang permainan tradisional kita apabila membaca blog ini.

1.     Batu Seremban



Batu Seremban ini mempunyai nama lain iaitu Selambut atau Serembat. Permainan batu seremban ini kebanyakkannya akan dimainkan oleh perempuan. Permainan ini memerlukan kecekapan seseorang itu agar cekap untuk menangkap semua batu yang berada di lantai sambil melyangkan lagi satu batu ke udara. Batu Seremban ini memerlukan 5 biji untuk dimainkan.



2.     Baling Selipar

Permainan baling selipar adalah antara permainan yang paling lama atau paling tua di Malaysia. Permainan ini sangatlah seronok bermain bersama rakan-rakan. Permainan ini juga sangat mudah untuk dimainkan kerana alat yang perlu digunakan untuk bermain hanyalah selipar. Permainan baling selipar ini perlu menyusun 3 buah selipar agar menjadi bentuk piramid tegak.


3.     Sepak Raga



Sepak raga ini memerlukan bola yang diperbuat daripada rotan. Permainan ini selalunya dimainkan oleh para lelaki. Permainan ini bertujuan untuk menguji kecekapan pemain untuk menyepak, menanduk, melutut dan mendada bola itu. Mereka perlu mengahalng bola itu daripada jatuh ke tanah, kalau tidak mereka akan kalah. Permainan sepak raga dan sepak takraw ialah benda yang berbeza. Sepak raga dimainkan tanpa jaring dan dimainkan dalam bulatan, manakala sepak takraw bermain bersama jaring dan memerluakn dua pasukan. Sepak takraw bermain dalam gelanggang sama seperti badminton.

4 comments:

  1. I tk minat la main permainan traditional

    ReplyDelete
  2. tapi saya suka pubg

    ReplyDelete
  3. 😃😃😃😃😃😃

    ReplyDelete
  4. Saya main congkak dengan hazwin tau, akak ade

    ReplyDelete

NEW POST ! FRESH FROM OUR BRAIN !

TENTANG KAMI

THIS IS OUR STORIES By Us. Hi dari kiri, Nisa, Adib, Shahira, Wani dan yang bawah tu NIna. BAtch kami ada 6 orang, lagi sorang Hazwin. KIteo...