Sunday 23 July 2023

MAKSUD TERSIRAT LAGU TERTAWAN HATI BY AWDELLA

 

MAKSUD TERSIRAT LAGU TERTAWAN HATI BY AWDELLA

By Ainina Najwa


Hello semua! Harini aku nak cerita sikit apa maksud tersirat lagu “Tertawan Hati” yang dinyanyikan oleh Awdella. Kepada yang minat lagu-lagu broken and sendu, korang boleh try dengar lagu ni and fahamkan lirik okay! So, aku akan review and cerita pasal lirik lagu ni sikit sikit dulu.

Dalam verse pertama iaitu...

Sudah kucoba sepenuh hati

Untuk menjadi malaikat

Menepikan perasaan runtuhkan egoku

Namun sayapku remuk

Dalam verse ini telah menyatakan bahawa “dia” sudah cuba dengan penuh kesungguhan. Sudah menjadi baik seperti malaikat, sanggup menepikan perasaannya sendiri walaupun sakit dan “dia” juga sanggup meruntuhkan ego yang susah untuk diruntuhkan. Akan tetapi dirinya tetap sakit dan tidak mendapat apa-apa balasan daripada berbuat sedemikian.

Verse kedua :

Bila kutanya pada diriku

Mengapa aku bertahan

Menerima keadaan yang tak baik saja

Memaksakan segalanya

Dalam lirik ini pula, “dia” menyoal dirinya sendiri.. “Kenapa kau sanggup bertahan sedangkan kau sendiri sakit?” “Kenapa kau nak paksa diri untuk jadi okay dengan semua ni?”

Chorus :

Sakit tak sanggup

Sadarkah kita terlalu hancur

Hilang habis tak bersisa

Tapi tak mampu kumenyerah

Tertawan hati

Namun dalam chorus ini, “dia” menyatakan bahawa ianya sangat menyakitkan dirinya dan tidak sanggup lagi untuk bertahan. “Dia” menyoal seseorang itu bahawa adakah dia sedar yang hubungan mereka sudah hancur dan tidak seperti dulu. Akan tetapi “dia” tak mampu untuk menyerah dalam hubungan ini kerana telah terlanjur dalam percintaan ini sedalam-dalamnya.

Tak mau kehilangan

Tapi lelah berjuang

Bukankah rumah tempatku bersandar

Dalam lirik ini pula, “dia” menyoal bukan kah rumah sepatutnya menjadi selesa? Bukankah rumah sepatutnya nyaman? Ia nya sangat berbeza dengan rumah yang “dia” ada sekarang. Ia nya seperti neraka dan bukan lah syurga. Apa yang “dia” rasakan adalah “aku mahu pergi tapi tak sanggup, aku mahu bertahan tetapi sakit”

Sendiri ku tak bisa

Bersama kutersiksa

Ini kenyataannya kita tak baik saja

Lirik ini menyatakan “dia” tidak sanggup dan tidak boleh untuk bersendirian. Namun, “dia” juga terseksa jiga bersama dengan kekasihnya.

 

Konklusinya, jangan lah kita bertahan di dalam toxic relationship. Ia nya akan menyiksakan diri dan menyakitkan. Pergi lah jika perlu pergi.

1 comment:

NEW POST ! FRESH FROM OUR BRAIN !

TENTANG KAMI

THIS IS OUR STORIES By Us. Hi dari kiri, Nisa, Adib, Shahira, Wani dan yang bawah tu NIna. BAtch kami ada 6 orang, lagi sorang Hazwin. KIteo...