Saturday 22 July 2023

BANGKIT DARI ABU

Bangkit Dari Abu

By Adib Mu'az

Brendan Gan, satu nama yang tidak asing lagi dalam kancah bola sepak negara. Beliau hadir di dalam arena bola sepak tempatan selaku import apabila menyertai Sabah FA pada tahun 2012.


Walau bagaimanapun karier beliau di negeri di bawah bayu itu hanya bertahan selama setahun dan beliau mengambil keputusan untuk pulang semula ke Australia dan bermain di saingan A-League.


Pada tahun 2014, Beliau mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia tetapi kini selaku pemain tempatan berikutan statusnya yang memiliki darah warisan di Malaysia.


Pada mulanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak meluluskan permohonan beliau untuk bermain atas kapasiti pemain tempatan. Hal ini menyebabkan majikan barunya, Kelantan FA mengambil keputusan untuk mendaftarkan beliau selaku pemain import terlebih dahulu. Pada tahun berikutnya, barulah permohonan beliau diluluskan untuk didaftarkan selaku pemain tempatan.


Malang buat Brendan, beliau dihimpit kecederaan “Anterior Cruciate Ligament” (ACL) sekaligus menggugat minit permainan beliau bersama skuad “the red warriors”. Beliau mengambil keputusan untuk menjalani sesi pemulihan secara bersendirian di Australia.


Hampir 9 bulan menjalani pemulihan, Beliau kembali ke Kota Bharu dengan tekad untuk menunjukkan prestasi terbaiknya. 


Bagai jatuh ditimpa tangga, Brendan sekali lagi bergelut dengan kecederaan ACL. Lebih sadis, beliau menanggung kecederaan tersebut sewaktu aksi debutnya bersama skuad harimau malaya menentang seteru setempat, Indonesia.


Tambah perit buat Brendan, FAM dan Kelantan FA mengambil sikap lepas tangan dan langsung tidak memberikan sebarang bentuk bantuan untuk Brendan kembali pulih dan sekali lagi menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk menjalani sesi pemulihan secara sendiri.


Pada Oktober 2017, beliau kembali ke Malaysia dengan semangat juang tidak mahu mengalah biarpun baru sahaja melalui fasa yang sukar dalam hidupnya.


Brendan mendapat beberapa tawaran dari pasukan tempatan, namun yang memikat hatinya adalah Skuad sang seladang, Perak FA yang pada itu dilatih oleh Mehmet Durakovic.


Malah, keputusan Brendan untuk bermain di bumi Ipoh itu hanya mengambil masa tiga hari sahaja.


Keputusan pantas itu dibuat kerana Brendan tertarik dengan cara kejurulatihan yang dibawa oleh Mehmet itu sangat cocok dengan dirinya.


Di Perak, Brendan kembali menemui prestasi terbaiknya. Lebih manis, pada musim pertama bersama skuad seladang beliau sudah pun merangkul satu piala iaitu piala Malaysia.


Brendan juga turut menjadi wira untuk Perak pada malam itu apabila beliau menjaringkan gol penyamaan pada waktu kecederaan untuk membawa perlawanan ke masa tambahan. Perak memenangi perlawanan tersebut menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada 120 minit masa perlawanan.


Pada tahun berikutnya, Brendan dan Perak FA sekali mencipta sensasi apabila mara ke perlawanan akhir Piala FA namun mereka tumpas di tangan pasukan Kedah FA.


Disebabkan persembahan terbaik tersebut, beliau telah dipanggil oleh jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Bagaikan ingin menebus kedukaan lalu, Brendan mempamerkan aksi yang memukau sewaktu pusingan kelayakan tersebut. Yang paling diingati sudah semestinya ketika menentang Thailand apabila beliau mempunyai satu bantuan gol dan satu jaringan gol.



Dek kerana aksinya itu, Brendan telah mendapat tawaran untuk menyertai pasukan gergasi lembah klang, Selangor FC. Bagai bulan jatuh ke riba, sudah pastinya Brendan tidak akan menolak tawaran itu memandangkan revolusi pasukan yang sedang berlaku di Selangor FC di bawah pimpinan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.



Walau bagaimanapun seperti mana orang lain, karier Brendan turut terkesan kerana penularan wabak covid-19.


Setelah aksi liga bola sepak Malaysia kembali berjalan, Brendan seolah-olah hilang taring dan prestasinya. Ramai peminat juga mengkritik aksi Brendan yang berbeza dari yang sebelumnya.


Sebaik sahaja pulang dari aksi bersama skuad kebangsaan, Brendan seakan-akan hilang dari radar bola sepak tempatan. Ramai juga beranggapan bahawa Brendan hanya sekadar mengalami kecederaan biasa.


Namun segala teka-teki terjawab apabila Brendan memuat naik status di akaun instargram peribadinya yang mengesahkan bahawa beliau disahkan menghidap penyakit kanser testis Perkhabaran ini ternyata sangat mengejutkan dunia bola sepak tanah air yang menyangka Brendan hanya mengalami kecederaan biasa.


Kendatipun begitu, Brendan tetap tidak mahu berhenti dan mengelah sebaliknya terus fokus dan tabah menjalani proses pemulihan.


Akhirnya setelah hampir beberapa bulan melakukan proses pemulihan, Brendan membuat kemunculan semula pada musim berikutnya sewaktu menentang pasukan Sarawak United. Lebih manis, beliau turut menjaringkan satu gol pada perlawanan tersebut sehinggakan pengulas menggelarkan momen tersebut sebagai “bagaikan burung phoenix bangkit dari abu. Bangkit membina satu keindahan baru”.


3 comments:

NEW POST ! FRESH FROM OUR BRAIN !

TENTANG KAMI

THIS IS OUR STORIES By Us. Hi dari kiri, Nisa, Adib, Shahira, Wani dan yang bawah tu NIna. BAtch kami ada 6 orang, lagi sorang Hazwin. KIteo...