Saturday 22 July 2023

ULUL AZMI NABI NUH

 Nabi Nuh  عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ

By Adib Mu'az




Bila menyebut tentang Nabi Nuh  عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, sudah pasti kisah mengenai bahtera baginda sering kita dengari.


Nabi Nuh  عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ telah berdakwah selama 950 tahun namun hanya sebilangan kecil sahaja yang bersama baginda mengikut syiar islam, iaitu 80 orang. Hal ini berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah al-ankabut ayat 14 : 



وَلَقَدْ اَرْسَلْنَا نُوْحًا اِلٰى قَوْمِهٖ فَلَبِثَ فِيْهِمْ اَلْفَ سَنَةٍ اِلَّا خَمْسِيْنَ عَامًا ۗفَاَخَذَهُمُ الطُّوْفَانُ وَهُمْ ظٰلِمُوْنَ  


Dan sungguh, Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka dia tinggal bersama mereka selama seribu tahun kurang lima puluh tahun. Kemudian mereka dilanda banjir besar, sedangkan mereka adalah orang-orang yang zalim.


Dalam surah at-Tahrim ayat 10 pula, Allah menceritakan bagaimana cabaran yang dihadapi baginda, malah anak dan isteri baginda juga tidak beriman dengan dakwah yang dibawa,


ضَرَبَ اللّٰهُ مَثَلًا لِّلَّذِيْنَ كَفَرُوا امْرَاَتَ نُوْحٍ وَّامْرَاَتَ لُوْطٍۗ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ فَخَانَتٰهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللّٰهِ شَيْـًٔا وَّقِيْلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِيْنَ  



Allah membuat perumpamaan bagi orang-orang kafir, istri Nuh dan istri Lut. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua istri itu berkhianat kepada kedua suaminya, tetapi kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikit pun dari (siksaan) Allah; dan dikatakan (kepada kedua istri itu), “Masuklah kamu berdua ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka).”


Dalam Surah Hud ayat 42 pula, Allah S.W.T menceritakan bagaimana Nabi Nuh  عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ cuba memujuk anaknya untuk turut bersama menaiki bahtera, 



وَهِيَ تَجْرِيْ بِهِمْ فِيْ مَوْجٍ كَالْجِبَالِۗ وَنَادٰى نُوْحُ ِۨابْنَهٗ وَكَانَ فِيْ مَعْزِلٍ يّٰبُنَيَّ ارْكَبْ مَّعَنَا وَلَا تَكُنْ مَّعَ الْكٰفِرِيْنَ 


Dan kapal itu berlayar membawa mereka ke dalam gelombang laksana gunung-gunung. Dan Nuh memanggil anaknya, ketika dia (anak itu) berada di tempat yang jauh terpencil, “Wahai anakku! Naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah engkau bersama orang-orang kafir.”


Walau bagaimanapun, anak Nabi Nuh tetap tidak mahu mengikutinya biarpun jelas ajaran yang dibawa itu adalah benar. Hal ini sekaligus menyebabkan anak Nabi nuh hanyut bersama orang-orang kafir di dalam banjir besar yang berlaku itu.




3 comments:

NEW POST ! FRESH FROM OUR BRAIN !

TENTANG KAMI

THIS IS OUR STORIES By Us. Hi dari kiri, Nisa, Adib, Shahira, Wani dan yang bawah tu NIna. BAtch kami ada 6 orang, lagi sorang Hazwin. KIteo...