Saturday 22 July 2023

ULUL AZMI NABI IBRAHIM

 Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ

By Adib Mu'az




Syiar islam yang dibawa Nabi Ibrahim  عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ telah mendapat tentangan dari Raja Namrud, pemerintah Babylon yang kejam. 


Antara perkara yang dilakukan oleh Raja Namrud ke atas baginda ialah dengan membakar baginda secara hidup-hidup. Allah S.W.T menceritakan bagaimana perkara ini boleh berlaku di dalam surah al-Anbiya’ ayat 68,


قَالُوْا حَرِّقُوْهُ وَانْصُرُوْٓا اٰلِهَتَكُمْ اِنْ كُنْتُمْ فٰعِلِيْنَ  


Mereka berkata, “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak berbuat.



Nabi Ibrahim  عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ telah dibakar oleh Namrud selepas mempertikaikan tentang amalan penyembahan berhala oleh kaumnya. Penyembah berhala yang fanatik bertindak menggunakan kekerasan untuk mendiamkan baginda.


Selain itu, antara pengorbanan terbesar Nabi Ibrahim  عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ ialah baginda merelakan untuk menyembelih Nabi Ismail atas perintah Allah S.W.T. Hal ini  diceritakan di dalam Surah as-Saffat ayat 102,


فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يٰبُنَيَّ اِنِّيْٓ اَرٰى فِى الْمَنَامِ اَنِّيْٓ اَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرٰىۗ قَالَ يٰٓاَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُۖ سَتَجِدُنِيْٓ اِنْ شَاۤءَ اللّٰهُ مِنَ الصّٰبِرِيْنَ 


Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, “Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah bagaimana pendapatmu!” Dia (Ismail) menjawab, “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.”


Walau bagaimanapun, Nabi Ismail telah digantikan dengan binatang ternakan lain.


Sebelum itu,  Nabi Ibrahim  عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ telah meninggalkan nabi Ismail yang masih kecil dan isterinya, Siti Hajar di Kota Mekah yang gersang dan hanya berbekalkan bekalan makanan dan air yang sedikit. Perkara ini diceritakan di dalam surah ibrahim ayat 34,


وَاٰتٰىكُمْ مِّنْ كُلِّ مَا سَاَلْتُمُوْهُۗ وَاِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَتَ اللّٰهِ لَا تُحْصُوْهَاۗ اِنَّ الْاِنْسَانَ لَظَلُوْمٌ كَفَّارٌ ࣖ .


Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).


1 comment:

NEW POST ! FRESH FROM OUR BRAIN !

TENTANG KAMI

THIS IS OUR STORIES By Us. Hi dari kiri, Nisa, Adib, Shahira, Wani dan yang bawah tu NIna. BAtch kami ada 6 orang, lagi sorang Hazwin. KIteo...