Saturday 22 July 2023

3 TARIKAN MENARIK DI PORT DICKSON

 

3 TARIKAN MENARIK DI PORT DICKSON

By Ainina Najwa

Port Dickson terletak di Negeri Sembilan. Port Dickson ni terkenal dengan kecantikan pantai-pantainya. Tapi, bila kita sebut pasal Port Dickson atau PD je mesti orang akan fikir pantai je kan? So, harini saya nak cerita apa lagi tempat yang menarik perhatian kita dan pantai apa yang best dekat PD ni.

1)      RUMAH TERBALIK PORT DICKSON

Tempat yang sangat unik dan menarik lebih lebih lagi untuk kanak-kanak. Kalau korang suka bergambar pun boleh datang ke sini, sebab sini memang port ambil gambar. Tempat ni kalau korang masuk korang akan pelik sedikit sebab banyak benda yang terbalik. Tapi nama pun rumah terbalik kan? Tempat ini disusun atur dalam keadaan yang terbalik. Contohnya dapur terbalik, ruang tamu terbalik dan tandas terbalik. Orang yang mengunjung ke sini boleh bergambar dari sudut sudut tertentu untuk nampakkan gambar itu realistik. Waktu beroperasi rumah terbalik ni ialah 10:00am-8:00pm dan dibuka setiap hari. Harga tiket pula Dewasa RM20 dan Kanak-kanak RM15.

 



2)      MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON

Bagi saya, muzium ni sesuai kalau buat lawatan sambil belajar untuk budak budak sekolah. Diorang boleh belajar tentang sejarah dan di sini juga mempunyai susunan kenderaan tentera. Contohnya kereta kebal, jet pejuang, keretapi, meriam dan senjata api yang jarang- jarang untuk kita lihat. Waktu beroperasi muzium ini ialah 10am-5pm (Isnin & Selasa tutup). Harga tiket pula ialah percuma.




3)      PANTAI TELUK KEMANG

Pantai ini merupakan antara pantai yang popular di Port Dickson. Pantai ni sangat lah lapang dan luas, jadi kita tak rasa serabut sangat. Pasir pantai sangat lah gebu dan lembut. Di pantai ini juga banyak aktiviti sukan air yang menarik. Contohnya banana boat ride, buggy ride, jetski & sebagainya. Fasaliti dan tandas di sini pun bersih. Pantai ini sangat meriah kerana terdapat banyak kedai kedai jualan. Kedai makanan dan minuman dijual lebih lebih lagi untuk orang yang dah seronok bermandi manda di pantai. Kalau korang nak tengok view sunset pun cantik sangat!




  

1 comment:

NEW POST ! FRESH FROM OUR BRAIN !

TENTANG KAMI

THIS IS OUR STORIES By Us. Hi dari kiri, Nisa, Adib, Shahira, Wani dan yang bawah tu NIna. BAtch kami ada 6 orang, lagi sorang Hazwin. KIteo...