REVIEW JUJUR FILEM POLIS EVO 3
By Ainina Najwa
Hello guys! Harini aku nak bagi review terpaling jujur untuk
cerita yang tengah meletop sekarang iaitu filem Polis Evo 3. Filem ni dah cecah
lebih RM50 juta tau! So, meh aku bagi review jujur untuk korang kat luar sana
yang belum tengok cerita ni and rasa teragak-agak nak tengok. Kepada yang
memang dah berazam untuk tengok tu, korang pergi jela tengok okay!
Macam yang kita tahu, cerita Polis Evo 3 ni dilakonkan oleh
Zizan Razak dan Shaheizy Sam. Filem ni membawa genre komedi dan juga action.
Bagi aku, lakonan daripada Zizan Razak sebagai Inspektor Sani dan Shaheizy Sam
sebagai Inspektor Khai merupakan gandingan duo yang hebat dan sepadan.
Selain itu, lakonan gempak dan padu daripada Sharnaaz Ahmad sebagai
watak jahat iaitu Reza juga cukup membuatkan aku meremang dan gerun
menontonnya. Wataknya yang bermain dengan emosi cukup untuk menambahkan lagi
perasa dalam filem ni.
Aku berpendapat bahawa filem Polis Evo 3 ini sudah cukup
sempurna dan wajib untuk ditonton. Genre komedi dan suspens sangatlah memainkan
peranan. Kedua-dua genre itu juga sangat seimbang.
Secara jujurnya, apabila di 10 minit terawal, aku mempunyai
ekspetasi yang rendah pada filem ini. Hal ini kerana, first scene movie ini
memberikan vibe seperti parody. Aku agak kecewa dan memikirkan “cerita ni
memang kelakar sentiasa ke?”. Namun, selepas itu filem ini tidak menghampakan aku.
Aku amat berpuas hati dengan filem ini. Overall aku bagi 10/10 bintang!
betul! tak rugi tengok polis evo 3 ni kat wayang haritu
ReplyDeleteTapi saya tk suka cerita aksi
ReplyDeleteRafael masuk rafael
ReplyDelete